Thursday, November 10, 2011

Hotel di Dalam Gua

Gamirasu Hotel yang terletak di desa Ayyali, Cappodicia di negara Turki telah dibuka pada tahun 1999 dan mempunyai 30 buah bilik.
Apa yang sangat menarik tentang Gamirasu Hotel ini ialah ianya telah dibina di dalam sebuah kawasan gua!


Hotel Gamirasu ini masih mengekalkan keindahan seni bina Byzantium dan telah dinobatkan sebagai salah satu hotel yang terbaik di Turki. Gamirasu pada asalnya ialah sebuah gereja yang di bina pada abad ke-12. Malah, sehingga kini masih ada sebahagian daripada kawasan gua ini yang digunakan oleh mubaligh kristian.

Banyak usaha penjagaan dan pemuliharaan yang dilakukan di hotel ini untuk memastikan permukaan gua yang bersejarah dan landskap semulajadi era Cappodocian yang telah berusia hampir 1000 tahun ini, tetap terpelihara.