Kejadian pecah rumah dan rompakan kini semakin berleluasa terutamanya ketika dunia dilanda krisis kegawatan ekonomi yang menjejaskan peluang pekerjaan serta pendapatan. Seringkali juga terjadi kejadian pecah rumah pada waktu siang ketika rumah tersebut berpenghuni. Sebagai contonya anda boleh lihat klip rakaman video dibawah.
Nasihat saya, jangan jadikan rumah anda sebagai sasaran mudah geng kaki samun ini dengan menyediakan ciri-ciri keselamatan yang sempurna untuk rumah anda. Lihat aksi penyamun yang sempat dirakam oleh tuan rumah mangsa samun yang terdapat didalam video ini.
Walaubagaimanapun, khabar gembiranya ialah kejadian samun yang melibatkan pecah rumah ini adalah diklasifikasikan sebagai jenayah ambil kesempatan di atas kealpaan tuanpunya rumah.
Oleh yang demikian, pastikan rumah anda sentiasa di kawal rapi dan terkunci dengan kunci mangga yang berkualiti. Bagi sesiapa yang inginkan keselamatan tambahan, bolehlah bersepakat dengan jiran-jiran di tempat anda untuk mengadakan kawalan keselamatan 24 jam dengan melantik syarikat kawalan keselamatan yang bertauliah.
Di antara langkah-langkah lain yang di sarankan untuk mencegah penyamun pecah rumah adalah:
1) Pasang Grill besi di tingkap dan pintu rumah.
2) Sentiasa kunci pintu dan tingkap sebaiknya.
3) Pastikan anda mengunci pintu dan tingkap setiap kali keluar rumah walaupun hanya sebentar.
4) Nyalakan lampu di sekitar rumah termasuk lampu di pintu masuk pada waktu malam.
5) Potong dedaun dan semak-samun di sekitar rumah anda yang boleh menghalang penglihatan agar pandangan di sekeliling menjadi lebih jelas tidak kira waktu siang ataupun malam.
6) Pasang sistem penggera keselamatan.
7) Simpan semua peralatan berkebun, tangga dan peralatan tajam yang boleh digunakan oleh penjenayah sebagai senjata atau peralatan pecah masuk rumah.
8) Gunakan 'timer' atau peralatan elektronik yang boleh mengawal waktu untuk memasang dan memadam lampu secara otomatik.
9) Jangan sembunyikan atau tinggalkan kunci rumah anda di bawah pasu bunga, alas kaki atau di dalam kasut apabila meninggalkan rumah.
Beringat sebelum kena.

-House On earth