Tuesday, July 31, 2012

Rumah Piring Terbang

Rumah pelik ini telah dibina menyerupai sebuah piring terbang yang terletak di Chattanooga, Tennessee, USA.

Struktur bangunan ini adalah terdiri daripada binaan konkrit berbentuk mangkuk besar yang disokong oleh 6 batang tiang konkrit besar. Kedudukannya adalah setinggi satu tingkat. Rumah ini mempunyai ruang letak kereta di bahagian bawah.

Wednesday, January 4, 2012

Masjid Kapitan Keling

Mungkin tidak ramai yang mengetahui tentang sejarah masjid ini. Masjid Kapitan Keling adalah terletak di Jalan Masjid Kapitan Keling atau dahulunya dikenali sebagai Pitt Street. Masjid ini telah dibina oleh pedagang-pedagang India Muslim sekitar tahun 1800.

Pada asalnya, masjid ini mempunyai tapak seluas 18 ekar yang diperuntukkan untuk komuniti India Muslim di Pulau Pinang oleh Gabenor Pulau Pinang iaitu Sir George Leith pada November 1801.