"Di mana bumi di pijak, disitu langit di junjung". Peribahasa ini mungkin tidak kena mengena dengan topik kali ini, tetapi ianya sangat berkaitan dengan mesej yang ingin di sampaikan. Tahukah anda betapa pentingya pembinaan tapak atau 'foundation' yang kukuh sebelum memulakan sebarang kerja-kerja pembinaan kerangka dan bumbung untuk sesebuah bangunan atau rumah kediaman di atasnya?
Bagi membina sesebuah pembangunan bangunan, purata kos pembinaan tapak atau 'foundation' akan memerlukan sekurang-kurangnya 30% daripada kos keseluruhan bangunan tersebut. Walaubagaimanapun, kos ini juga bergantung kepada keadaan struktur lapisan tanah di bawah tapak pembinaan yang akan di lakukan. Jika struktur lapisan bawah tanah itu kukuh, maka kos pembinaan tapak bangunannya akan berkurangan berbanding dengan kos bagi pembinaan tapak yang berada di atas struktur tanah yang lemah.
Tempoh masa yang di ambil untuk menyiapkan tapak bangunan juga mengambil masa sekurang-kurangnya satu perempat daripada tempoh keseluruhan pembinaan. Tempoh masa ini juga bergantung kepada jenis struktur tanah dibawahnya.
Tempoh masa yang di ambil untuk menyiapkan tapak bangunan juga mengambil masa sekurang-kurangnya satu perempat daripada tempoh keseluruhan pembinaan. Tempoh masa ini juga bergantung kepada jenis struktur tanah dibawahnya.
Sekiranya pembinaan tapak atau 'foundation' tidak dilaksanakan dengan sempurna, maka sesebuah bangunan tidak akan di kira selamat untuk didiami walaupun pembinaan struktur atau rerangka di atasnya amat kukuh dan stabil.
Dalam konteks yang sedikit berbeza, kita harus mengambil iktibar peristiwa Qarun seorang hartawan tyang amat kedekut di zaman nabi Musa a.s. yang membina rumah kediaman yang tersergam indah dimana kunci-kunci untuk rumahnya sahaja terlalu banyak sehinggakan tidak mampu di usung oleh seorang khadam, tetapi akhirnya kesemua rumah beserta Qarun dan harta kepunyaanya musnah di telan bumi.
Sebagai gambaran yang lebih jelas, sila saksikan peristiwa-peristiwa ini yang telah mengorbankan banyak harta dan nyawa.