Monday, October 3, 2011

Tajas Bizpoint @ Johor Bahru

Bizpoint adalah ciri-ciri kemudahan yang mengandungi bilik-bilik pejabat sera bilik mesyuarat yang boleh disewa secara harian atau bulanan mengikut keperluan pengguna.

Kemudahan ini telah dilengkapi dengan mesin fax, talian telefon, internet serta peralatan projektor, whiteboard untuk keperluan mesyuarat dan presentation. Kemudahan-kemudahan lain adalah termasuk P.O Box atau alamat untuk disewa.

Kelebihan menggunakan kemudahan bizpoint ini ialah kos-kos permulaan untuk menyediakan kemudahan pejabat, kos-kos penyelengaraan serta kos pengurusan pejabat telah ditanggung oleh pihak pengurusan bizpoint.

Selain daripada itu, pelanggan tidak perlu lagi mengeluarkan kos membeli pejabat untuk mendapatkan lokasi yang strategik. Untuk maklumat lanjut sila layari Tajas Bizpoint @ JB.