Kapalterbang Boeing 747 Jumbo Jet ini adalah terletak di Bandar Arlanda, Stockholm, Sweden.
Apa yang menarik berkenaan pesawat ini ialah kerana ianya adalah salah satu kapalterbang yang sentiasa dijaga dengan baik walaupun ianya tidak akan terbang.
Apa yang menarik berkenaan pesawat ini ialah kerana ianya adalah salah satu kapalterbang yang sentiasa dijaga dengan baik walaupun ianya tidak akan terbang.
Jumbo Jet ini adalah merupakan sebuah Jumbo Hotel yang pertama di dunia! Ianya menempatkan sebanyak 25 buah bilik tidur yang seluas 12 meter persegi dan dilengkapi dengan katil bertingkat, almari dan televisyen.
Jumbo Hotel ini juga menyediakan ruang tamu, kafe, dan juga tandas. Sesuatu yang berbeza daripada bilik hotel yang lain ialah para tetamu harus berkongsi tandas dengan penghuni hotel yang lain. Ini adalah kerana ruangnya yang sangat terhad.
Di tingkat dua Jumbo Hotel ini mengandungi bilik persidangan, manakala ruang kokpit pesawat ini telah di ubahsuai khas untuk kegunaan pengantin.
Walaupun ianya tidak se-selesa dan seluas hotel lima bintang, kesempatan menghuni Hotel seumpama ini pasti akan memberi suatu pengalaman penginapan yang amat luar biasa!