Sunday, July 19, 2009

Tip Hindari Kebakaran

Pengalaman saya menghadapi kebakaran rumah ialah ketika menginap di hostel yang di sediakan oleh pihak universiti tempat saya belajar suatu ketika dulu.
Lihat video kebakaran yang berlaku di sebuah rumah dan ikuti pengalaman saya ketika berhadapan dengan suasana kebakaran.

Peristiwa ini telah berlaku apabila saya mahu menyiapkan juadah makan malam ala bujang (Memasak ikut syif).

Almaklum sebagai seorang perantau, menu masakan yang berada di benak fikiran adalah mengikut kemampuan diri dan bukannya mengikut selera tekak. Resepi popular yang ingin saya sediakan ialah masakan 'ayam goreng kari' ala pakistan aka bangla....mmm.

Oleh kerana ingin mengejar masa, maka saya memulakan tugas dengan memanaskan minyak didalam kuali secara segera dengan membuka api dapur masak dengan kadar maksimum sambil menyediakan ramuan ringkas....Masa yang di ambil untuk menyediakan ramuan mungkin agak lama sedikit sehingga menyebabkan kuali yang di penuhi dengan minyak untuk menggoreng telah menjadi terlalu panas dan berasap.

Sudah pasti anda dapat bayangkan apa akan terjadi apabila ketulan ayam yang telah siap di potong dan di ramu secukup rasa mula di campakkan kedalam kuali secara tergopoh gapah...... kaboommm!!!. Maka berlakulah suatu kebakaran 'kuali' yang agak dahsyat.

Seluruh ruang dapur menjadi panas dan berasap tebal. Mujurlah seorang rakan yang sedang menonton TV yang berada berdekatan sempat menyambar tong pemadam api yang tergantung didinding dapur berkenaan.

Oleh kerana itu adalah pertama kali kami berhadapan dengan suasana kebakaran dan dalam masa yang sama ingin 'belajar' menggunakan alat pemadam api, suasana menjadi agak cemas seketika kerana api mula marak diatas dapur masak sedangkan kami masih menghadapi masalah untuk menggunakan alat pemadam api berkenaan.... Apa yang kami khuatiri ialah seluruh rumah berkenaan telah di lengkapi dengan sistem saluran gas yang di bekalkan daripada luar untuk kegunaan memasak dan memanaskan bilik (Centralised Gas plumbing system). Seluruh rumah boleh di anggap sebagai bom jangka yang boleh meledak bila-bila masa sekiranya berlaku sebarang kebakaran.

Di ringkaskan cerita, setelah habis membaca dan memahami manual yang tertulis di tong pemadam api tersebut... akhirnya alat pemadam api (Co2 powder) telah berjaya kami aktifkan dan terus di semburkan kearah api yang marak dan menggunakan alat pemadam api sepenuhnya sehingga kosong... cuba anda bayangkan apa terjadi apabila seluruh tong pemadam api tersebut berjaya di kosongkan.... maka seluruh dapur itu menjadi sesak dipenuhi dengan bebuih co2 powder.

Sementara itu, seluruh dapur dan ruang tamu menjadi hitam legam di penuhi dengan jelaga dan asap yang tebal... seluruh kampus menjadi kecoh seketika dengan peristiwa asap berkepul yang keluar daripada tingkap dapur.

Nasib kami adalah baik kerana tiada sesiapa yang bertindak memanggil Jabatan Bomba dan Penyelamat dibandar tersebut...hohoho..tamat.

Sekarang, lihat pula apa yang terjadi kepada sebuah rumah yang dapat di rakamkan di dalam video ini.














Apa yang ingin saya sampaikan daripada pengalaman ini adalah, betapa pentingnya alat pencegah kebakaran dan ilmu untuk menggunakannya.

Berikut adalah perkara-perkara yang anda perlu beri perhatian bagi mencegah kebakaran di rumah anda:-

1) Sediakan alat pencegah kebakaran di rumah, premis perniagaan dan di tempat anda bekerja. Apa yang mustahak dan perlu anda lakukan ialah, ambil tahu bagaimana cara untuk menggunakan alat pemadam api berkenaan kerana ianya bukanlah aksesori hiasan rumah. Bertanyalah kepada pembekal alat tersebut atau luangkan sedikit masa untuk membaca manual tentang cara untuk menggunakannya. Ianya adalah mudah tetapi memerlukan sedikit teknik untuk mengaktifkannya.

2) Sekiranya anda ingin mengubahsuai rumah, pastikan dapur masak anda berada bersebelahan dengan singki. Ini memudahkan anda melakukan sebarang tindakan apabila berlaku kecemasan.

3) Pastikan segala peralatan elektrik di rumah anda di selenggara dengan sempurna dan elakkan dari melakukan pendawaian sendiri (sekiranya anda tidak mempunyai kemahiran) agar tidak berlaku litar pintas.

4) Tutup semua peralatan elektrik ketika suasana kilat sabung menyabung.

5) Jangan biarkan kanak-kanak menggunakan peralatan merbahaya terutamanya mancis. Sebaik-baiknya, gunakan 'starter/ sparker' di dapur masak anda dan cuba elakkan penggunaan mancis di rumah.

6) Jangan gunakan api yang besar ketika memasak (ala masakan cinese seafood) di rumah kerana peralatan dapur masak di rumah yang terdapat di pasaran tidak direka khas untuk tujuan itu.

7) Pastikan segala peralatan elektrik dan dapur gas ditutup terlebih dahulu sebelum tidur atau keluar meninggalkan rumah.

Jadikan rumah anda tempat yang paling selamat untuk keluarga, rakan-rakan dan anda sendiri.