Thursday, July 2, 2009

Bahaya anai-anai terhadap rumah anda

Sekiranya anda ingin membeli rumah baru atau mahu berpindah kerumah baru, sila Pastikan bahawa rumah tersebut bebas daripada anai-anai. Pastikan bahawa pemaju perumahan atau tuan rumah anda mengambil perhatian terhadap pembasmian serangga tersebut.
Lihat video ini untuk mengetahui bagaimana caranya anai-anai boleh merosakkan rumah anda tanpa anda sedari.





Anai-anai adalah sejenis spesis serangga perosak yang menjadikan kayu sebagai sumber makanan serta membiak dan membina koloni dengan cepat. Memandangkan kegemarannya untuk memakan kayu bermula dari bahagian dalaman bahan-bahan kayu seperti perabut, parkey, kerangka rumah dan sebagainya, aktiviti-aktiviti mereka tidak dapat di kesan pada peringkat awal.

Kehadiran anai-anai di dalam rumah anda dapat juga di kesan apabila terdapat tanda-tanda serpihan serbuk kayu ada terdapat bersebelahan dengan bahan-bahan kayu didalam rumah anda seperti pintu, parkey, perabot dan sebagainya.

Di antara perkara-perkara yang boleh di lakukan untuk mengelakkan anai-anai dari memasuki dan menyerang rumah anda adalah dengan mengaplikasikan ‘anti termite treatment’ di sekitar rumah kediaman anda. Kerja-kerja pembasmian ini hanya boleh di lakukan oleh individu yang pakar dan terlatih sahaja kerana ianya melibatkan penggunaan racun makhluk perosak.

Sekiranya anda merasai kehadirannya, jangan bertangguh dari menghubungi hubungi syarikat ‘pest control’ yang berhampiran dengan anda untuk mendapatkan khidmat nasihat.

-House On Earth.