Saturday, October 10, 2009

Hutan Bandar Johor Bahru

Aktiviti beriadah di Taman Rekreasi 'Hutan Bandar Johor Bahru' adalah salah satu kegiatan yang digemari oleh sesetengah warga bandaraya Johor Bahru. Walaupun pada hari bekerja, taman rekreasi hutan bandar ini masih juga di kunjungi oleh ramai warga Johor Bahru untuk tujuan makan, berehat, berjoging atau bersenam.

Taman rekreasi yang berkonsepkan hutan dalam bandar ini amat sesuai dengan nama yang telah di berikan kepadanya kerana ianya mempunyai persekitaran yang unik dan tersendiri. Berbeza dengan taman rekreasi lain, pembangunan Taman Rekreasi Hutan Bandar ini telah di lakukan secara terancang dengan sebahagian besar profil tanah dan cerunan serta tumbuhan asal telah berjaya di kekalkan dengan sebaik mungkin.
Untuk memasuki taman rekreasi ini, pengunjung akan terlebih dahulu melalui struktur bangunan pengurusan yang kelihatan seperti rumah kelab tetapi ianya adalah berfungsi sebuah bangunan pengurusan yang terdapat kemudahan untung pengguna. Bangunan ini mengandungi unsur rekabentuk bangunan yang menarik dan di gabungkan dengan seni hias taman dan kolam ikan yang eksotik serta mengasyikkan.

Bagi kami, aktiviti riadah kami dapat di mulakan dengan bersemangat dan mententeramkan. Oleh kerana suasana persekitaran yang menarik dan menyegarkan, kami tidak merasa jemu untuk menghabiskan sebahagian besar waktu untuk aktiviti riadah di sekitar taman ini. Ada juga terdapat berbagai kemudahan riadah dan bersenam untuk segenap lapisan masyarakat samada dewasa ataupun kanak-kanak.

Berbagai usaha telah di jalankan oleh pihak pengurusan Hutan Bandar ini bagi menaik taraf serta meningkatkan kemudahan yang sediada dengan menjalankan beberapa projek pembinaan tambahan seperti jambatan pejalan kaki serta beberapa buah bangunan berkonsepkan tradisional.

Namun begitu, ada terdapat sedikit masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan taman untuk melengkapkan projek menaiktaraf ini kerana projek ini di dapati gagal di siapkan dengan sempurna.


Setakat Januari 2012 ini, kerja-kerja pembinaan sebuah bangunan berbentuk tradisional dilihat seperti telah disiapkan, namun masih belum lagi dibuka kepada orang ramai. Manakala sebuah lagi bangunan yang berada di penghujung taman, kelihatan seperti telah lama terbengkalai.

Semoga kerja-kerja pembinaan dapat diteruskan sehingga selesai demi untuk manfaat semua.
والله أعلمُ بالـصـواب