Ramai yang mengetahui bahawa cahaya matahari mengandungi sinaran
Ultraviolet (UV) yang boleh memberi mudharat terhadap kulit seperti radang dan
mengakibatkan kanser kulit sekiranya terdedah kepada sinaran matahari
secara berlebihan. Namun begitu, sinaran UV juga boleh memberi kesan
lain yang bukan sahaja memberi mudarat tetapi juga boleh memberi manfaat
kepada kehidupan serta persekitaran kita.
Sinaran Ultraviolet sebagai contoh boleh merangsang kulit untuk
menghasilkan vitamin D. Sementara itu, sinaran Ultraviolet juga di
katakan boleh membunuh kuman, bakteria serta mikro organisma.
Bagi mengambil manfaat sepenuhnya daripada sinaran matahari ini, maka anda di galakkan untuk memastikan bahawa setiap ruang di dalam rumah dapat di masuki oleh sinaran cahaya matahari terutamanya pada waktu pagi. Cahaya matahari yang memasuki ruang bilik, ruang tamu, ruang makan atau ruang dapur dapat membantu membunuh kuman, bakteria serta mikro organisma yang terdapat di persekitaran serta ruang udara di dalamnya.
Sekiranya anda sedang merancang untuk membina atau membeli rumah, pastikan bahawa pintu utama atau tingkap rumah tersebut mempunyai kedudukan yang bertentangan dengan cahaya matahari waktu pagi. Ini akan membolehkan agar cahaya matahari pagi ini dapat memasuki rumah anda secara terus semasa kedudukan matahari masih condong.
Seelok-eloknya, hindarkan sebarang halangan-halangan seperti pokok atau sebarang struktur binaan seperti dinding yang boleh menghalang cahaya matahari daripada menembusi tingkap atau pintu rumah anda.
Kemasukan cahaya matahari sebelah pagi adalah lebih baik berbanding cahaya di waktu petang kerana sinaran matahari waktu petang adalah lebih panas dan mengandungi kadar sinaran UV yang berlebihan.