Wednesday, October 28, 2009

Hiasan dalaman rumah bertemakan Inggeris

Seni hiasan dalaman rumah adalah merupakan salah satu cabang seni yang banyak bergantung kepada citarasa serta daya kreativiti setiap individu atau keluarga.

Kepuasan serta keselesaan seisi rumah adalah merupakan ciri-ciri yang harus di titik beratkan apabila ingin membuat keputusan untuk melakukan kerja-kerja pengubahsuaian atau rekabentuk hiasan dalaman rumah. Sekiranya anda tidak menetapkan konsep hiasan tertentu yang ingin di aplikasikan, di khuatiri rumah anda akan akan di penuhi dengan berbagai corak aksesori hiasan dan perabot yang bercampur konsep. Akhirnya suasana dalaman rumah anda akan kehilangan gaya seni yang menarik.

Saturday, October 17, 2009

Mengatasi masalah air paip yang berbau busuk

Sulawesi (Indonesia) - Manado TuaPernahkah anda mengalami masalah air paip yang berbau busuk terutamanya setelah pulang dari bercuti atau dari kampung halaman dalam tempoh yang lama?

Ada kalanya, seisi keluarga akan mengalami masalah sakit perut, cirit-birit atau muntah-muntah setelah kembali menduduki rumah anda. Besar kemungkinan, ini adalah di sebabkan oleh penggunaan air yang tercemar yang berpunca daripada tangki takungan air di dalam rumah anda sendiri.

Saturday, October 10, 2009

Hutan Bandar Johor Bahru

Aktiviti beriadah di Taman Rekreasi 'Hutan Bandar Johor Bahru' adalah salah satu kegiatan yang digemari oleh sesetengah warga bandaraya Johor Bahru. Walaupun pada hari bekerja, taman rekreasi hutan bandar ini masih juga di kunjungi oleh ramai warga Johor Bahru untuk tujuan makan, berehat, berjoging atau bersenam.